Piagam ASEAN

Piagam ASEAN bertindak sebagai asas kukuh bagi mencapai Komuniti ASEAN dengan menyediakan status sah dan rangka kerja institusi bagi ASEAN. Piagam ASEAN:
  • mengekod norma-norma ASEAN, peraturan dan nilai-nilainya
  • meletakkan sasaran jelas untuk ASEAN
  • mempersembah akauntabiliti dan pematuhan. 
Piagam ASEAN berkuatkuasa pada 15 Disember 2008. Satu majlis antara Menteri-Menteri Luar ASEAn diadakan di Urusetia ASEAN di Jakarta bagi menandakan peristiwa bersejarah ini. Dengan berkuatkuasanya Piagam ASEAN, ASEAN akan bergerak bawah satu rangka kerja baru dan menubuhkan organ-organ baru bagi meningkatkan lagi proses pembinaan komunitinya.  

Piagam ini sah menjadi perjanjian yang mengikat 10 negara anggota ASEAN bersama.