Komuniti ASEAN

Wawasan 2020 ASEAN diterima oleh pemimpin-pemimpin ASEAN pada Ulang Tahun ASEAN ke-30. Mereka bersetuju dengan perkongsian wawasan ASEAN sebagai satu daripada permuafakatan dalam kalangan bangsa Asia Tenggara, melihat ke luar, hidup dengan aman, kestabilan dan makmur, diikat bersama oleh perkongsian kemajuan yang dinamik serta masyarakat yang saling mengambil berat.  

Pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-9 dalam tahun 2003, pemimpin-pemimpin ASEAN memutuskan bahawa Komuniti ASEAN akan ditubuhkan.

Pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-12 dalam tahun 2007, pemimpin-pemimpin mengulangi sekali lagi komitmen mereka untuk mempercepat pengasasan Komuniti ASEAN menjelang tahun 2015. Perisytiharan Cebu mengenai Pengasasan Segera Komuniti ASEAN menjelang 2015 pun ditandatangani. 

Komuniti ASEAN terdiri daripada tiga tiang iaitu:
  • Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN
  • Komuniti Ekonomi ASEAN
  • Komuniti Sosio-budaya ASEAN
Setiap satu tiangnya itu mempunyai rangka tindakan (blueprint) sendiri. Tiang-tiang ini bersama dengan Rangka Kerja Strategik Inisiatif untuk Integrasi ASEAN (IAI) dan Pelan Kerja IAI Fasa II (2009-2015) membentuk Hala Tuju Komuniti ASEAN 2009-2015.